Thursday, March 27, 2014

Segelas dikongsi berdua ..

gambar daripada en.google . TQ owner

Perkahwinan satu perkongsian ... macam-macam dikongsi bersama ... termasuklah segelas nescafe tarik . Bukannya diminum hari-hari ... cuma time breakfast je .. kalau hari kerja terpaksa habiskan satu gelas sorang diri .. tapi kalau hujung minggu or cuti sekolah , segelas ni memang dikongsi bersama dengan si dia .. sampai kakak yang berniaga digerai-gerai yg biasa kami pergi pun dah faham kami mmg akan order segelas je nescafe tarik ... kadang2 je kami order sekali segelas air suam . 

Keluar makan bersama at least sekali seminggu memang dah wajib bagi kami ... tak kira la pergi breakfast or makan malam ... merempit berdua tanpa anak-anak ... sekali sekala kami perlukan privacy berdua ... apa yang akak impikan di hari tua , Allah dah bagi peluang tersebut seawal 40an... syukur Alhamdulillah , anak-anak dah besar dan kami tinggal di kawasan yang selamat ... so boleh tinggalkan depa untuk keluar dating berdua . Mengimpikan nak ke surau or masjid berdua , pun dah kesampaian cuma kesibukan tugas duniawi membataskan aktiviti luar kami berdua . 

* Allah kurniakan akak suami yang cukup penyayang walaupun kadangkala dia mmg macam cikgu kawad di rumah ... akak redha dan akak sangat-sangat bersyukur .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails